Rabu, Julai 21, 2010

Muat Turun Bahan Kursus KSSR Bahasa Arab

Semua Ketua Panitia Bahasa Arab SK Program j-QAF,

Sila Tuan/Puan download bahan-bahan Kursus Orientasi KSSR Bahasa Arab untuk digunakan semasa kursus peringkat negeri nanti. Pihak Jabatan Pelajaran tidak akan membekalkan bahan-bahan tersebut dalam bentuk hard copy.. Tuan/Puan diminta muat turun dan mencetak bahan-bahan tersebut untuk kegunaan sekolah. Dokumen penting yang perlu dicetak ialah:
1. KSSR Tahun 1
2. PKSR
3. Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 4

Bahan tersebut boleh dimuat turun daripada ruang "Bahan Kursus KSSR Bahasa Arab" yang di sediakan di bawah.

Sekian, terima kasih.

Isnin, Julai 19, 2010

Sekitar Kursus Orientasi KSSR Bahasa Arab 2010





Tarikh : 13 - 16 Julai 2010
Tempat : Royale Bintang Hotel, Seremban
JU terlibat :
1. U Yusof B Yaakob - SK Batu Lanchang
2. U Rasyiddin B Mohd - SK Bertam Indah
3. Ust Nor Shifa Bt Saad - SK Alma
4. Ust Rosni Bt Md Salleh - SK Sungai Bakap

Rabu, Julai 14, 2010

Audio CD Nasyid Bahasa Arab Tahun 2 SK



Tuan/Puan Ketua Panitia Bahasa Arab SK...

Gunakan wang PCG anda untuk mendapatkan Audio CD Nasyid Bahasa Arab (daripada Buku Teks Tahun 2)..
Harga RM15.00 sahaja

Jika berminat sila hubungi saya di talian 0195608554.

Khamis, Julai 01, 2010

Jadual PKSR Penggal 2



Soalan PKSR Tahun 3 boleh dimuat turun daripada blog ini atau laman web BPK di alamat : http://www.moe.gov.my/bpk
Untuk Tahun 4,5 & 6, Set soalan baru akan dimuat naik ke blog ini atau laman web di atas dalam tempoh terdekat. Ini bermaksud set soalan lama sudah tidak digunakan lagi.

Ahad, Jun 27, 2010

Bahan Taklimat Penataran Format Baru Bahasa Arab 2010


Bahan Taklimat Penataran yang telah diadakan di Hydro Hotel pada 24 dan 25 Jun yang lalu. Sila klik pada ikon di atas untuk muat turun. Tuan/Puan boleh juga muat turun daripada ruang khas "Bahan Penataran Format Baru 2010" dalam blog ini..

Selasa, Jun 22, 2010

PENATARAN FORMAT BARU BAHASA ARAB PMR 2010


Kepada Semua Ketua Panitia Bahasa Arab
KAA/SMKA/SABK/SMAR Pulau Pinang

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan
Penataran Format Baru Bahasa Arab PMR 2010 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 24 dan 25 Jun 2010
Tempat : Hydro Hotel Penang, Miami Beach, Bt Feringhi, Pulau Pinang.

Surat panggilan menghadiri penataran tersebut dihantar terus oleh pihak Lembaga peperiksaan ke sekolah tuan/puan. Sekian, harap maklum.

 

©2009 Blog Bahasa Arab | by TNB