Khamis, Oktober 07, 2010

LAPORAN KURSUS DALAMAN / PERKEMBANGAN STAF

Perhatian kepada semua Ketua Panitia Bahasa Arab SK..

Tuan/Puan diminta mengadakan kursus dalaman peringkat sekolah untuk membentangkan perkara-perkara berkaitan Kursus KSSR Bahasa Arab Tahun 1 dan HSP Bahasa Arab Tahun 4 yang telah dihadiri oleh Tuan/Puan mengikut daerah masing-masing.

Sila sediakan laporan kursus dalaman tersebut mengikut format yang telah disediakan. Sila klik di sini untuk muat turun borang tersebut.

Tuan/Puan diminta mengadakan kursus tersebut dalam masa dua minggu selepas tarikh pelaksanaan peringkat daerah. Sila kembalikan laporan tersebut kepada Pegawai j-QAF atau Penyelia Pendidikan Islam daerah masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Khamis, Ogos 19, 2010

Muat Turun Soalan PKSR Penggal Kedua

Kepada Semua Ketua Panitia Bahasa Arab
Sekolah Program j-QAF,

Sila muat turun soalan PKSR daripada ruangan bawah blog ini. Password untuk membuka soalan tersebut telah ditukar kepada
huruf kecil semua. Segala kesulitan harap dimaafi.

Rabu, Ogos 11, 2010

Kursus JLU BA KSSR (فن تقديم اللغة)





Isnin, Ogos 09, 2010

Percubaan Bersama Bahasa Arab PMR

Perhatian kepada semua guru Bahasa Arab PMR SMKA, SABK dan KAA(SMK) :

Peperiksaan Percubaan Bersama Bahasa Arab PMR akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 17 Ogos 2010
Masa : 8:10 pagi - 10:40 pagi

Rabu, Julai 21, 2010

Muat Turun Bahan Kursus KSSR Bahasa Arab

Semua Ketua Panitia Bahasa Arab SK Program j-QAF,

Sila Tuan/Puan download bahan-bahan Kursus Orientasi KSSR Bahasa Arab untuk digunakan semasa kursus peringkat negeri nanti. Pihak Jabatan Pelajaran tidak akan membekalkan bahan-bahan tersebut dalam bentuk hard copy.. Tuan/Puan diminta muat turun dan mencetak bahan-bahan tersebut untuk kegunaan sekolah. Dokumen penting yang perlu dicetak ialah:
1. KSSR Tahun 1
2. PKSR
3. Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 4

Bahan tersebut boleh dimuat turun daripada ruang "Bahan Kursus KSSR Bahasa Arab" yang di sediakan di bawah.

Sekian, terima kasih.

Isnin, Julai 19, 2010

Sekitar Kursus Orientasi KSSR Bahasa Arab 2010





Tarikh : 13 - 16 Julai 2010
Tempat : Royale Bintang Hotel, Seremban
JU terlibat :
1. U Yusof B Yaakob - SK Batu Lanchang
2. U Rasyiddin B Mohd - SK Bertam Indah
3. Ust Nor Shifa Bt Saad - SK Alma
4. Ust Rosni Bt Md Salleh - SK Sungai Bakap
 

©2009 Blog Bahasa Arab | by TNB