Isnin, Julai 18, 2011

KURSUS INDUKSI KSSR BAHASA ARAB TAHUN 2


Kursus ini telah diadakan pada 4 hingga 8 Julai 2011. JU Pulau Pinang yang terlibat ialah :
1. Us Yusof Yaakob
2. Us Rizal Abdul Rashid
3. Us Mohd Noor Othman
4. Us Rasyiddin Mohd
5. Ust Rosni Mat Salleh
6. Ust Nor Shifa Saad
7. Ust Yuzihasra Ibrahim.

Rabu, Julai 06, 2011

BAHAN KURSUS KSSR BAHASA ARAB TAHUN 2

Semua Guru Bahasa Arab SK,

Tuan/Puan boleh muat turun bahan-bahan kursus untuk KSSR Bahasa Arab Tahun 2 dari ruang sebelah kanan blog ini. Tuan/Puan juga boleh muat turun dengan klik di sini. Terima kasih.

Isnin, Mei 09, 2011

Bengkel Pemarkahan dan Penandaan Kertas Bahasa Arab PMR

Bengkel ini akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 11 Mei 2011
Tempat : BTPN, Pokok Sena
Masa : 8.30 pagi -4.30 petang

Seorang guru Bahasa Arab PMR SMKA, KAA dan SABK dijemput hadir.

Sabtu, April 30, 2011

Muat Turun Soalan PKSR Tahap 2

Semua Sekolah program j-QAF Pulau Pinang,

Soalan-soalan PKSR Tahun 4, 5 dan 6 sudah boleh dimuat turun dari laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum di alamat www.moe.gov.my/bpk . Sila klik di ruang KBSR/KBSM-> Pendidikan Islam dan Bahasa Arab-> Bahasa Arab-> modul/buku sumber. Kata laluan masih sama dengan soalan-soalan terdahulu.

Soalan-soalan tersebut juga boleh dimuat turun dari blog ini.

Sekian, harap maklum.

Jumaat, April 29, 2011

PKSR Bahasa Arab Tahap 2

Makluman kepada semua sekolah j-QAF Pulau Pinang :

Soalan PKSR Pertengahan Tahun Bahasa Arab Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6) akan dimuat naik ke laman web BPK sedikit masa lagi. Sila ikuti perkembangan di laman tersebut dari semasa ke semasa. www.moe.gov.my/bpk

Terima kasih.

Jumaat, Januari 14, 2011

Kemaskini Maklumat Guru B.Arab Pulau Pinang

Semua Guru Bahasa Arab SK, SMKA, KAA dan SABK Pulau Pinang,

Jabatan Pelajaran Pulau Pinang sedang mengemaskinikan maklumat guru Bahasa Arab Pulau Pinang bagi tahun 2011. Oleh itu, Tuan/Puan diminta mengisi Borang Maklumat Guru Bahasa Arab yang terdapat di ruangan bawah blog ini.

Sekian, terima kasih

Selasa, Januari 04, 2011

Pencapaian Bahasa Arab PMR 2010

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Guru Bahasa Arab Pulau Pinang kerana telah berjaya meningkatkan prestasi pencapaian Bahasa Arab PMR 2010

Peratus Lulus : 91.82 %
GPMP : 2.77

Teruskan kecemerlangan ini. Terima kasih.

Bahan Sokongan Bahasa Arab KSSR

Semua Guru Bahasa Arab SK

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan Modul Sokongan Bahasa Arab Tahun 1 KSSR berikut ;

a. Modul Transisi Bahasa Arab Tahun Satu KSSR
b. Contoh Modul Pengajaran Kemahiran Membaca dan Menulis Tahun 1
c. Contoh Modul Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 1

Bahan-bahan tersebut boleh dimuat turun di laman web BPK http://www.moe.gov.my/bpk/
atau dari ruangan sebelah kanan blog ini. Tuan/ Puan boleh juga klik di sini untuk muat turun.

 

©2009 Blog Bahasa Arab | by TNB