Isnin, Mei 31, 2010

Format Terkini Bahasa Arab PMR 2010

Lembaga Peperiksaan telah memutuskan bahawa format baru akan digunakan pada tahun ini. Taklimat Penataran akan diberikan pada selepas cuti nanti. Untuk maklumat awal berikut adalah format yang dicadangkan :

Bahagian A : Aplikasi Nahu

  • 20 markah.
  • 2 Soalan diberi :
  • soalan 1 : 20 m
  • soalan 2 : 20 m
  • Pelajar boleh pilih satu soalan sahaja dari 2 soalan yang diberi.


Bahagian B : Kefahaman/ Isti'ab

  • 30 markah
  • 2 soalan diberi
  • Pelajar mesti menjawab kedua-dua soalan.


Bahagian C : Kemahiran Menulis.

  • 30 markah.
  • 3 soalan diberi.

o Soalan 1 : 10 markah

o Soalan 2 : 10 markah

o Soalan 3 : 10 markah

Pelajar mesti menjawab ketiga-tiga soalan yang diberi.

  • Bentuk-bentuk soalan:

o bina ayat berdasarkan gambar,

o bina ayat berdasarkan perkataan/maklumat,

o bina ayat berdasarkan situasi, pengucapan/tarhibat.


Bahagian D : Insyak/karangan.

  • 20 markah.
  • Pelajar diberi pilihan soalan ( tidak dimaklumkan jumlah sebenar soalan yang diberi).
  • Pilih satu soalan/tajuk karangan.
  • Karangan tidak kurang 40 patah perkataan.

Nota:

  • Soalan terjemahan Bahasa Arab ke Bahasa Melayu atau Bahasa Melayu ke Bahasa Arab telah dimansuhkan.
  • Soalan 100% Bahasa Arab. Tiada lagi jawapan dalam Bahasa Melayu.

Selasa, Mei 18, 2010

Format Bahasa Arab PMR 2010

Perhatian kepada semua Ketua Panitia dan Guru Bahasa Arab KAA, SMKA, SABK dan SMAR.

Format baru Bahasa Arab PMR akan dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja... Untuk maklumat awal:

Klik di sini untuk Powerpoint format baru..

Klik di sini untuk contoh soalan PMR format baru..

Modul Latih tubi Bahasa Arab Tahun 5 dan 6

Semua Ketua Panitia dan guru Bahasa Arab,
Sekolah Kebangsaan Negeri Pulau Pinang

Sukacita dimaklumkan bahawa Modul Latih Tubi Bahasa Arab Tahun 5 dan Tahun 6 boleh dimuat turun di laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia :- http://www.moe.gov.my/bpk/ (pilih menu download SP & HSP).
Bahan ini juga boleh didownload dari ruangan 'Bahan' dalam blog ini..

Seminar Pengajaran Bahasa Arab

Kepada Semua Guru Bahasa Arab Rendah dan Menengah

Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya Nilam Puri akan mengadakan
SEMINAR ANTARABANGSA PENGAJARAN BAHASA ARAB KEPADA PENUTUR BUKAN ARAB 2010 seperti berikut :

Tarikh : 24-25 Julai 2010 (Sabtu & Ahad)

Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang

Tempat : Hotel New Pacific, Kota Bharu, Kelantan.

Yuran Penyertaan : RM 150.00

Untuk makluman tuan/puan, pihak penganjur telah menawarkan 2 tempat kepada peserta untuk mewakili warga pendidik dari Negeri Pulau Pinang. Kos perjalanan dan yuran penyertaan adalah ditanggung oleh peserta sendiri. Sekian, Terima Kasih.


Sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi saya di talian 046521061
 

©2009 Blog Bahasa Arab | by TNB