Jumaat, Januari 14, 2011

Kemaskini Maklumat Guru B.Arab Pulau Pinang

Semua Guru Bahasa Arab SK, SMKA, KAA dan SABK Pulau Pinang,

Jabatan Pelajaran Pulau Pinang sedang mengemaskinikan maklumat guru Bahasa Arab Pulau Pinang bagi tahun 2011. Oleh itu, Tuan/Puan diminta mengisi Borang Maklumat Guru Bahasa Arab yang terdapat di ruangan bawah blog ini.

Sekian, terima kasih

Selasa, Januari 04, 2011

Pencapaian Bahasa Arab PMR 2010

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Guru Bahasa Arab Pulau Pinang kerana telah berjaya meningkatkan prestasi pencapaian Bahasa Arab PMR 2010

Peratus Lulus : 91.82 %
GPMP : 2.77

Teruskan kecemerlangan ini. Terima kasih.

Bahan Sokongan Bahasa Arab KSSR

Semua Guru Bahasa Arab SK

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan Modul Sokongan Bahasa Arab Tahun 1 KSSR berikut ;

a. Modul Transisi Bahasa Arab Tahun Satu KSSR
b. Contoh Modul Pengajaran Kemahiran Membaca dan Menulis Tahun 1
c. Contoh Modul Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 1

Bahan-bahan tersebut boleh dimuat turun di laman web BPK http://www.moe.gov.my/bpk/
atau dari ruangan sebelah kanan blog ini. Tuan/ Puan boleh juga klik di sini untuk muat turun.

 

©2009 Blog Bahasa Arab | by TNB