Soalan-soalan PKSR Tahun 4, 5 dan 6 sudah boleh dimuat turun dari laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum di alamat www.moe.gov.my/bpk . Sila klik di ruang KBSR/KBSM-> Pendidikan Islam dan Bahasa Arab-> Bahasa Arab-> modul/buku sumber. Kata laluan masih sama dengan soalan-soalan terdahulu.
Soalan-soalan tersebut juga boleh dimuat turun dari blog ini.
Makluman kepada semua sekolah j-QAF Pulau Pinang :
Soalan PKSR Pertengahan Tahun Bahasa Arab Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6) akan dimuat naik ke laman web BPK sedikit masa lagi. Sila ikuti perkembangan di laman tersebut dari semasa ke semasa. www.moe.gov.my/bpk
Semua Guru Bahasa Arab SK, SMKA, KAA dan SABK Pulau Pinang,
Jabatan Pelajaran Pulau Pinang sedang mengemaskinikan maklumat guru Bahasa Arab Pulau Pinang bagi tahun 2011. Oleh itu, Tuan/Puan diminta mengisi Borang Maklumat Guru Bahasa Arab yang terdapat di ruangan bawah blog ini.
Dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan Modul Sokongan Bahasa Arab Tahun 1 KSSR berikut ; a. Modul Transisi Bahasa Arab Tahun Satu KSSR b. Contoh Modul Pengajaran Kemahiran Membacadan Menulis Tahun 1 c. Contoh Modul Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 1
Bahan-bahan tersebut boleh dimuat turun di laman web BPK http://www.moe.gov.my/bpk/ atau dari ruangan sebelah kanan blog ini. Tuan/ Puan boleh juga klik di sini untuk muat turun.