Isnin, Mei 31, 2010

Format Terkini Bahasa Arab PMR 2010

Lembaga Peperiksaan telah memutuskan bahawa format baru akan digunakan pada tahun ini. Taklimat Penataran akan diberikan pada selepas cuti nanti. Untuk maklumat awal berikut adalah format yang dicadangkan :

Bahagian A : Aplikasi Nahu

  • 20 markah.
  • 2 Soalan diberi :
  • soalan 1 : 20 m
  • soalan 2 : 20 m
  • Pelajar boleh pilih satu soalan sahaja dari 2 soalan yang diberi.


Bahagian B : Kefahaman/ Isti'ab

  • 30 markah
  • 2 soalan diberi
  • Pelajar mesti menjawab kedua-dua soalan.


Bahagian C : Kemahiran Menulis.

  • 30 markah.
  • 3 soalan diberi.

o Soalan 1 : 10 markah

o Soalan 2 : 10 markah

o Soalan 3 : 10 markah

Pelajar mesti menjawab ketiga-tiga soalan yang diberi.

  • Bentuk-bentuk soalan:

o bina ayat berdasarkan gambar,

o bina ayat berdasarkan perkataan/maklumat,

o bina ayat berdasarkan situasi, pengucapan/tarhibat.


Bahagian D : Insyak/karangan.

  • 20 markah.
  • Pelajar diberi pilihan soalan ( tidak dimaklumkan jumlah sebenar soalan yang diberi).
  • Pilih satu soalan/tajuk karangan.
  • Karangan tidak kurang 40 patah perkataan.

Nota:

  • Soalan terjemahan Bahasa Arab ke Bahasa Melayu atau Bahasa Melayu ke Bahasa Arab telah dimansuhkan.
  • Soalan 100% Bahasa Arab. Tiada lagi jawapan dalam Bahasa Melayu.

0 ulasan:

 

©2009 Blog Bahasa Arab | by TNB