Selasa, Mac 23, 2010

Bahasa Arab Tinggi SPM 2009

Pencapaian BAT SPM 2009 Peringkat Negeri : 99.55%
Tahniah dan syabas kepada semua guru Bahasa Arab kerana sumbangan anda yang amat bermakna ini.. Terima kasih dan teruskan perjuangan.
.

Rabu, Mac 17, 2010

Jom pi Ekspo Pendidikan Islam 2010

Selasa, Mac 09, 2010

Bengkel Pemurnian Modul BAT SPM





















Bengkel ini telah diadakan pada 7 hingga 9 Mac 2009 bertempat di Paradise Sandy Beach Resort, Tanjung Bungah Pulau Pinang. Seramai 10 orang guru-guru Bahasa Arab SPM telah terlibat dalam bengkel ini.. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang sudi hadir walaupun tarikh tersebut melibatkan hari minggu.. Perjuangan untuk memartabatkan bahasa Al Quran mesti diteruskan. Sekali lagi, terima kasih semua..

Rabu, Mac 03, 2010

PKSR Bahasa Arab untuk SK

Semua SK Program j-QAF diminta mengadakan PKSR seperti butiran berikut:

PKSR Penggal Pertama:

Tahun 1 dan 2 : PKSR Skala Kadar Bahasa Arab (lisan dan pemerhatian)

Tahun 3 (Penilaian 1) :
Kertas 1 (Lisan) : Seminggu sebelum peperiksaan bertulis
Kertas 2 (Penulisan) : 8 hingga 11 Mac 2010 (markah:kertas 1+kertas 2 = penilaian 1)
Tahun 3 (Penilaian 2):
Kertas 1 (Lisan) : Seminggu sebelum peperiksaan bertulis
Kertas 2 (Penulisan) : 25 hingga 27 Mei 2010 (markah: kertas 1+kertas 2 = penilaian 2)

Nota : Markah Penilaian 1 + markah Penilaian 2 = Markah PKSR 1 (Th 3 sahaja)

Tahun 4, 5 dan 6 :
Kertas 1 (Lisan) : Seminggu sebelum peperiksaan bertulis
Kertas 2 (Penulisan) : 25 hingga 27 Mei 2010

Nota : Markah kertas 1 + kertas 2=PKSR 1


Tarikh ujian ini telah diselaraskan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Tuan / Puan boleh muat turun soalan dari blog ini. Perisian Adobe Reader atau Foxit Reader diperlukan untuk membuka soalan tersebut. Jika perisian tidak ada, sila download dahulu daripada mana-mana server yang ada. Kata laluan untuk soalan-soalan tersebut telah diedarkan ke sekolah.

Tarikh PKSR untuk Penggal Kedua akan dimaklumkan kemudian..

Sekian, harap maklum.. Terima kasih..

Lawatan Berkelompok UPPI ke SK Mengkuang




Tarikh : 2 Mac 2010

(untuk melihat gambar-gambar lain sila klik album gambar)
 

©2009 Blog Bahasa Arab | by TNB