Memaparkan catatan dengan label blog bahasa arab penang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blog bahasa arab penang. Papar semua catatan

Rabu, Mac 03, 2010

PKSR Bahasa Arab untuk SK

Semua SK Program j-QAF diminta mengadakan PKSR seperti butiran berikut:

PKSR Penggal Pertama:

Tahun 1 dan 2 : PKSR Skala Kadar Bahasa Arab (lisan dan pemerhatian)

Tahun 3 (Penilaian 1) :
Kertas 1 (Lisan) : Seminggu sebelum peperiksaan bertulis
Kertas 2 (Penulisan) : 8 hingga 11 Mac 2010 (markah:kertas 1+kertas 2 = penilaian 1)
Tahun 3 (Penilaian 2):
Kertas 1 (Lisan) : Seminggu sebelum peperiksaan bertulis
Kertas 2 (Penulisan) : 25 hingga 27 Mei 2010 (markah: kertas 1+kertas 2 = penilaian 2)

Nota : Markah Penilaian 1 + markah Penilaian 2 = Markah PKSR 1 (Th 3 sahaja)

Tahun 4, 5 dan 6 :
Kertas 1 (Lisan) : Seminggu sebelum peperiksaan bertulis
Kertas 2 (Penulisan) : 25 hingga 27 Mei 2010

Nota : Markah kertas 1 + kertas 2=PKSR 1


Tarikh ujian ini telah diselaraskan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Tuan / Puan boleh muat turun soalan dari blog ini. Perisian Adobe Reader atau Foxit Reader diperlukan untuk membuka soalan tersebut. Jika perisian tidak ada, sila download dahulu daripada mana-mana server yang ada. Kata laluan untuk soalan-soalan tersebut telah diedarkan ke sekolah.

Tarikh PKSR untuk Penggal Kedua akan dimaklumkan kemudian..

Sekian, harap maklum.. Terima kasih..

Isnin, Februari 08, 2010

Berhati-hati memilih BBM




Semua guru Bahasa Arab, sila berhati-hati memilih BBM. Jangan beli melalui katalog tanpa melihat material yang sebenar. Sila lihat contoh BBM yang mengandungi terlalu banyak kesalahan yang bertanda merah. Ini hanya sekeping kad.. Kad-kad yang lain bagaimana?? Gunakanlah wang dengan bijak. Anda akan melakukan pembaziran jika membeli BBM begini..

Selasa, Januari 26, 2010

Maklumat Guru Bahasa Arab KAA/ SMKA & SABK

Semua Ketua Panitia Bahasa Arab KAA/ SMKA & SABK diminta untuk muat turun (download) borang maklumat guru Bahasa Arab di ruangan BAHAN (borang) dalam blog ini. Selain itu, sila Tuan/ Puan muat turun juga borang analisa Peperikasaan PMR Bahasa Arab 2009. Sila isikan kedua-dua borang tersebut dan emailkan kepada saya di alamat abuhanan05@hotmail.com atau faxkan ke talian 04-6521130 u.p En Azhari Ahmad. Terima kasih..
 

©2009 Blog Bahasa Arab | by TNB